Apa Yang Menarik

5 Website Untuk Edit Gambar Online

Bagi yang gemar mengedit gambar tapi tidak mahir menggunakan software seperti photoshop, korang semua boleh la edit gambar secara online.

LUBANG BESAR YANG TERDAPAT DI DUNIA

Kali ni saya nak sharekan pulak gambar lubang-lubang besar yang terdapat kat dunia ni, lubang-lubang ni sebenarnya ada yang terbentuk secara semula jadi dan ada juga terbentuk disebabkab aktiviti perlombongan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

KATA LELAKI TENTANG WANITA CANTIK VS WANITA TAK CANTIK....

Kalau perempuan cantik pendiam lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman... Kalau perempuan tak cantik pendiam Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer... .

GUA-GUA SEMULAJADI YANG MENAKJUBKAN

Gua terbentuk secara semulajadi kesan daripada proses luluhawa yang mengambil masa lama dan kesan daripada proses ini telah menghasilkan gua yang begitu unik .

AKAD NIKAH DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM" Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah..

Wednesday, 29 February 2012

SAMSUNG GALAXY S3 VS APPLE IPHONE 5


Samsung Galaxy S3 dan musuh ketatnya Apple Iphone 5 mungkin akan jadi kalis air. Bukti teori ini ialah Apple dan Samsung tengah membangunkan teknologi kalis air baru bernama HzO (Waterproofing Technology HzO).

Hzo Tech ialah sejenis nanotech spray yang akan membolehkan gadget mereka kalis air, dan boleh direndam didalam air tanpa sebarang kerosakan. HzO tech yang dibangunkan oleh syarikat tersebut, menambah nanoscale film barrier dengan special liquid repellent semasa proses pembuatan. Jadi tak perlu sebarang exterior case untuk membuatkan handphone korang kalis air.


Teknologi ini direka oleh ZAGG yang diperkenalkan pada Consumer Electronic Show di Las Vegas. Namun, syarikat itu tak memyebut nama syarikat telefon yang sudah bersedia untuk teknologi mereka.




Sunday, 26 February 2012

Lagi Gambar & Video Proton P3-21A/Tuah

Post kali ni merupakan post yang kedua yang saya kongsikan berkaitan dengan  kereta baru proton iaitu P3-21A/Tuah. Mungkin apa yang membuatkan saya kongsikan dengan pembaca mengenai kereta ini ialah kerana saya sendiri pengguna kereta Proton & apa yang membuatkan saya bertambah tertarik lagi untuk kongsikan ialah kerana menurut proton kereta P3-21A/Tuah yang dihasilkan ini adalah mengikut standart antarabangsa bagi  membolehkan ianya memenuhi kehendak & bersaing diperingkat pasaran global. Menurut Proton harga jualan bagi model ini nanti ialah diantara RM60,000 hingga RM70,000  seunit.






p/s - ada kemungkinan Proton akan lancarkan P3-21A/Tuah dalam masa terdekat & diharapakan model ini  nanti akan menjadi titik perubahan Proton ke arah yang lebih baik.

Tuesday, 21 February 2012

Jambu Atau Maskulin ????

Wanita tertarik lelaki miliki kulit sihat berbanding maskulin

Wanita kini lebih tertarik kepada lelaki yang memiliki warna kulit sihat berbanding yang berwajah maskulin, menurut satu kajian terkini.

Kajian itu menafikan pandangan ramai sebelum ini yang merasakan wanita lebih tertarik kepada lelaki berwajah maskulin dengan bentuk wajah lebih panjang, tulang pipi yang menonjol, kening lebat dan tulang rahang terbentuk, kerana ia melambangkan kesihatan dan akan diwarisi oleh anak-anak.

Bagaimanapun, seorang pakar psikologi dari Universiti Notthingham Malaysia, Ian Stephen, baru-baru ini mendapati, lelaki dengan kulit bersinar juga menjadi penunjuk tahap kesihatannya.

Dalam kajiannya, Ian bersama pasukannya mengambil gambar 34 lelaki berwajah cerah dan 41 lelaki dengan wajah gelap. Kemudian dengan menggunakan program komputer, mereka mengukur warna dan menentukan tahap maskulin kepada setiap wajah.

"Kami menggunakan teknik ini bagi membandingkan secara matematik bentuk wajah setiap lelaki kepada contoh wajah wanita hampir sama daripada kalangan masyarakat yang sama," katanya dalam satu kenyataan.

Penyelidik kemudian menunjukkan gambar tersebut kepada 32 wanita berkulit putih dan 30 wanita berwajah gelap, kemudian meminta mereka melabel tahap menariknya lelaki berkenaan di mata mereka.

Daripada kajian itu didapati, wajah maskulin tidak menjadi kemestian berbanding warna kulit walaupun berbeza kumpulan etnik. Mereka juga tidak menemui kaitan antara maskulin dan tahap tarikan, namun menemui kaitan antara warna kulit dan tarikan.

Penyelidik juga mendapati, wanita tidak boleh mengesan perbandingan tidak ketara warna kulit lelaki yang berlainan bangsa.

Menurut Ian, warna kulit yang sihat boleh diperolehi daripada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi pigmen karotenoid dalam diet harian. Selain itu, ia juga membantu kesihatan menyeluruh dan kesuburan lelaki.

"Kajian kami menunjukkan kesihatan adalah kunci untuk lelaki kelihatan lebih menarik. Anda boleh memiliki kulit yang cantik dan sihat melalui pemakanan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya. 


p/s - rasanya elok kalau lelaki ada kedua-duanya sekali iaitu memilili wajah yang Jambu & tubuh badan yang Maskulin


Sumber: Utusan

Gambar Kereta Proton P3-21A/Tuah Bocor Di Internet Sebelum Pelancaran Rasmi

Imej selepas photoshop

Imej Asal


Kalau nak cerita lebih lanjut, klik je link ni - funtastickodesign.wordpress.com

Sumber Asal: forum.lowyat.net

Monday, 13 February 2012

Air Terjun Emas


Melihat air terjun mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Namun, bagaimana dengan "air terjun emas"? Mungkin pelik bunyinya tapi Inilah fenomena unik yang boleh dilihat di Horsetail Falls di Yosemite National Park, California. Air terjun terdapat di pegunungan Sierra Nevada, sebelah barat Danau Tahoe, memiliki ketinggian 2.000 kaki atau sekitar 600 meter.


"Air terjun emas" pada dasarnya merupakan air terjun, tetapi unik kerana mendapatkan ekspos sinar matahari senja sehingga berkilauan kuning keemasan. Peristiwa ini sangat langka dan cuma beberapa hari dalam setahun, biasanya di bulan Februari, sinar matahari akan menyorot air terjun, menciptakan cahaya oren bak api yang memukau.

Fenomena air terjun emas paling tepat dapat disaksikan pukul 17.30 waktu tempatan. Ketika itu, cahaya matahari senja tepat menyinari batuan di sekitar air terjun. Di situlah keajaiban alam terjadi dan ilusi alam tercipta. Namun, hal tersebut susah disaksikan sebab memang merupakan salah satu fenomena alam yang paling jarang dapat dilihat.

Josh Anon,penduduk San Fransisco, berhasil mengabadikan fenomena "air terjun emas" itu. "Jika jumlah air cukup dan langit cukup cerah untuk mendapat cahaya matahari senja, matahari akan ada pada sudut yang tepat untuk menyinari air dan membuatnya bersinar seperti emas," katanya.

Dia mengatakan, susah untuk mendapat peluang menyaksikannya. "Ketika matahari mulai tenggelam, air bersinar sedikit dan berwarna kuning. Kemudian, secara tiba-tiba air bersinar dan tampak seperti lava," kata Josh Anon.

Yosemite National Park yang merentangi sepanjang 3.000 kilometer menarik 3,5 juta pelancong tiap tahunnya.Air terjun emas adalah salah satu pesonanya.Air terjun emas boleh dicapai dengan mendaki ke arah utara Twin Bridge melalui rute 50 di Amerika.









Friday, 10 February 2012

Pensel & Pemadam


Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.

Moral



Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adlh ibarat pemadam terbaik utk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...begitula juga dengan sahabat.

Wednesday, 8 February 2012

McDonalds Lebih Bagus Daripada Burger King??



Betul Ke McDonalds bagus. Ada bukti ke yang menyatakan bahawa McDonalds lebih bagus daripada Burger King.?? Sebenarnya ianya hanyalah sebuah iklan McDonalds di German.


Iklan nie memaparkan seorang budak di buli oleh budak nakal. Bagi sayalah, Ada bagusnya budak nakal ambik makanan Fast Food dari budak ni sebabnya secara umum ramai tahu makanan Fast Food tidak sesuai dimakan selalu.



Walau macam mana pun rasa Burger McDonalds memang boleh tahan sedapnya. Hanya sedap dimakan bila sekadar makan saje-saje je


Tuesday, 7 February 2012

10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2011

Hari ni saya nak kongsikan mengenai 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2011 & apa yang menarik lagi ialah KLIA masih lagi tersenarai dalam 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia., walaupun rankingnya jatuh sedikit berbanding tahun sebelumnya.


Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA), merupakan lapangan terbang antarabangsa yang ketiga tersibuk di dunia. Pada tahun 2010 dianggarkan 50.9 juta penumpang mengembara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA), yang menghubungkan kira-kira 160 destinasi, dengan anggaran 900 penerbangan  harian yang dikendalikan oleh, lebih daripada 95 syarikat penerbangan



Lapangan Terbang Changi Singapura
Dengan Lebih daripada 100 syarikat penerbangan antarabangsa ke kira-kira 200 buah bandar seluruh dunia yang meliputi 60 buah negara, Lapangan Terbang Changi Singapura mengendalikan lebih kurang 5400 ketibaan & pelepasan penerbangan seminggu & lebih 42 juta penumpang setahun iaitu lebih daripada 7 kali saiz penduduk Singapura. Dengan keluasan lebih 40,000 meter persegi ruang komersial, Lapangan Terbang Changi juga merupakan salah satu lokasi membeli-belah terbesar di Singapura.


Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon merupakan lapangan terbang terbesar di Korea Selatan. Ia adalah salah satu lapangan terbang terbesar dan tersibuk di dunia. Sejak tahun 2005 ia telah menerima kedudukan 5-bintang penuh oleh Skytrax, satu pengiktirafan yang dikongsi hanya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini mempunyai padang golf, spa, bilik tidur persendirian, gelanggang ais skating, sebuah kasino, taman-taman dalam bangunan dan Muzium Kebudayaan Korea. Terminal penumpang utama (496,000 meter persegi) adalah terminal lapangan terbang terbesar di kawasan di Korea Selatan, dan terminal penumpang kesembilan terbesar di dunia



Lapangan Terbang Munich
Dengan rekod sekitar 34,7 juta penumpang pada tahun 2010, lapangan terbang Munich merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Jerman dan yang ke 7 di kalangan 10 lapangan terbang terkemuka di Eropah. Lapangan terbang ini  mempunyai pusat pelawat sendiri dan menjadi rumah kepada Pusat Lapangan Terbang Munich  (MAC), yang merupakan satu kemudahan membeli-belah, perniagaan dan rekreasi yang terletak di antara terminal 2.





Beijing Capital International Airport
Beijing Capital International Airport terletak 20 batu di timur laut pusat bandar Beijing. Terbaru, bangunan Terminal 3 lapangan terbang berkenaan menjadi terminal ke 2 terbesar di dunia. Beijing Capital telah menjadi lapangan terbang tersibuk di Asia dan lapangan terbang ke 2 tersibuk di dunia dari segi trafik penumpang iaitu sebanyak 73,891801 penumpang yang telah direkodkan  pada tahun 2010.






Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam

Schiphol adalah sebuah lapangan terbang Eropah yang penting, Dalam kedudukan sebagai yang ke 5 terbesar di Eropah dan ke 15 terbesar di dunia dengan jumlah trafik penumpang sebanyak 45.3 juta penumpang yang menggunakan lapangan terbang schiphol pada tahun 2010. Schiphol mempunyai kawasan membeli-belah yang besar di kedua-dua bahagian iaitu di luar kawasan sebelum pemeriksaan pasport & kastam  dan juga di dalam kawasan  selepas pemeriksaan pasport & kastampusat membeli-belah Schiphol Plaza  yang terletak sebelum kastam adalah yang popular dikalangan  penumpang dan  juga pengunjung biasa.



Lapangan Terbang Zurich

Terletak 12 Km (kira-kira 7 batu) dari pusat bandar Zürich. Kira-kira 60 syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Zurich yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh dunia. Lapangan Terbang Zurich menawarkan pemilihan kedai-kedai, restoran dan perkhidmatan, dengan lebih 180 syarikat yang menggaji lebih daripada 20,000 orang, bekerja di lapangan terbang berkenaan. Sistem kereta api di Lapangan Terbang Zurich menghubungkan penumpang ke destinasi di seluruh Switzerland & menjadikannya salah satu daripada lapangan terbang yang paling mudah untuk perjalanan di kawasan Eropah tengah.






Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland
Lapangan Terbang Auckland adalah penyambung utama di antara New Zealand dengan lain-lain negara di seluruh dunia & lebih 70% daripada pengunjung memasuki atau meninggalkan New Zealand melalui Lapangan Terbang Auckland, yang mengendalikan lebih 13 juta penumpang setahun. Lebih daripada 20 syarikat penerbangan antarabangsa beroperasi di lapangan terbang berkenaan & menjadikannya lapangan terbang antarabangsa  yang ke 2 tersibuk di rantau Pasifik/Australia




Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan salah satu hab penerbangan utama di Asia. Terletak kira-kira 50 km dari ibu kota, Kuala Lumpur. Kawasan Bangunan Utama Terminal ini direka menggunakan konsep 'Lapangan Terbang di hutan, hutan dalam lapangan terbang', di mana ia dikelilingi oleh kawasan hijau. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mampu mengendalikan 35 juta penumpang, ia adalah salah satu daripada lapangan terbang pertama di rantau Asia Pasifik yang menggunakan Bar Coded Boarding Pass (BCBP) 100%. KLIA dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api Express KLIA dan KLIA Transit . KLIA Express menyediakan perkhidmatan kereta api ekspres tanpa henti  ke KL City Air Terminal - perjalanan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan KLIA adalah sejauh 57 kilometer dan mengambil masa 28 minit.



Lapangan Terbang  Copenhagen
Hanya 12 minit dari pusat bandar Copenhagen. Jarak dari landasan keretapi untuk ke kaunter daftar masuk adalah kurang daripada 100 meter. Di bahagian selepas pemeriksaan pasport & kastam, penumpang mempunyai akses kepada 50 kedai, 15 restoran dan bar, kemudahan persidangan, kawasan hotel dan sauna.







Sumber:  Skytrax

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More